• broken image
  • Kenapa Kempen Chatbot AI Sekolah Peringkat Negeri Selangor?

    Kempen Chatbot AI untuk sekolah-sekolah di Negeri Selangor diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan dan mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan dalam pendidikan. Kempen ini tercetus selepas melihat potensi besar AI dalam pembelajaran. Dengan kerjasama dan sokongan padu dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, misi besar ini direalisasikan dengan harapan dapat memberikan impak positif terhadap keperluan pelajar untuk mendapatkan jawapan dan tips belajar pada bila-bila masa.

     

    Pelajar kini boleh berinteraksi secara langsung dengan chatbot AI, tidak kira di kota atau desa, di mana sahaja mereka berada. Dengan akses mudah menerusi telefon pintar, komputer riba, atau tablet, mereka dapat memanfaatkan teknologi ini untuk meningkatkan pemahaman dan prestasi akademik.

     Sejarah dan Kejayaan SMKDAR-AI : Pemangkin Idea KaiSel2025.

    Pada Februari 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Ahmad Razali (SMKDAR) telah menjadi perintis dalam penggunaan chatbot AI di Malaysia. Pengetua sekolah ini Puan Rose Aliza Sutrisno dengan barisan guru yang dipilih sebagai Jawatankuasa Sokongan serta 12 pelajar mereka bersama memikul tanggungjawap untuk melancarkan inisiatif unik ini. Suatu tugasan yang bukan mudah namun peranan yang dimainkan oleh semua anggota telah membuktikan ap pun boleh dicipta. Dengan pelaksanaan SMKDAR-AI, sekolah ini telah menunjukkan hasil yang luar jangkaan, di mana maklumbalas positif daripada guru dan pelajar membuktikan keberkesanan teknologi ini dalam membantu pelajar memahami subjek yang sukar.

     

    Impak Positif dan Penglibatan Komuniti Pendidikan Nasional.

    Kempen ini bukan sahaja memberi peluang kepada sekolah-sekolah lain untuk belajar daripada kejayaan SMKDAR, tetapi juga menggalakkan penglibatan komuniti pendidikan dalam penggunaan teknologi terkini. Melalui taklimat dan bengkel yang dianjurkan, peserta akan mendapat pendedahan tentang cara chatbot AI dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Meneruskan Revolusi Pendidikan.

    Dengan kemajuan pesat dalam teknologi, kempen ini menandakan permulaan revolusi AI dalam pendidikan di negeri Selangor. Kami percaya bahawa dengan mengintegrasikan teknologi AI, kita dapat mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran masa depan dan menjadikan pendidikan lebih menarik serta berkesan.

    ```html